CINTA
(sebelum kawin)
cubit kiri,kanan terasa.
impian indah ibarat syurga.
nikah impian utama.
taat setia membawa kebahagiaan.
awal dan akhir bersama-sama.
(selepas kahwin)
cuka yang dituang pada luka.
iblis yg merosak minda.
nafsu semata-mata.
tuba yang dibalas semula.
api dalam neraka.
KASIH
(sebelum kahwin)
kongsi semua suka dan duka.
abang adik,ayang anja.
sumpah janji dibibir sentiasa.
istana bahagia dah dicipta.
hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
kaki tangan naik kepala.
abuk pon tak ada,nak makan apa???
simpati langsung tak ada.
ironi membakar jiwa.
hidup mati sama sahaja.
SAYANG
(sebelum kahwin)
sikit-skit SORRY,sikit-sikit SORRY,
mengada!!
asal free mesti nak jumpa.
you love me,i love u...
apa sahaja sanggup diduga.
nak itu,nak ini....mesti dapat.
gula-gula,coklat,teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
salah sikit kiamat dunia.
air tak sedap,basahlah mata.
yang betul dia je.
ada takde.bg anak reti la.
nak dilawan,digelar derhaka.
gaduh sampai luka.
HATI
(sebelum kahwin)
hanya dikau yang daku cinta.
air paip pun manis macam gula.
tak jumpa sehari boleh jadi gila.
igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
hantu jembalang lagi sempurna.
air mata jadi teman setia.
tempat mengadu dah tak ada.
ikut hati mati,ikut rasa binasa.
nk buat mcm mana?????
tetapi yg seharusnya ialah.....
cinta sebelum kahwin,biar sederhana,tak melanggar batas agama.
impian rumah tangga dirancangkan bersama(bukan praktikal sebelum nikah)
nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.
amalkan perintah tuhan,insyaallah bahagia mambawa ke syurga......
kasih berputik dikala pertunangan diikat.
akad lafaz cinta berbunga.
suami isteri disanjung tinggi.
isteri disayangi.
harumlah kasih sepanjang zaman.
sayangkan isteri kasihkan suami.
ada masalah,dibincangkan bersama.
yang ringan sama dijinjing,berat sama dipikul.
amalkan hidup bertoleransi.
nak kekalkan bahagia,itu usaha bersama.
gaduh sesekali perkara biasa.
hati suami mesti dijaga.
apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
tanggungjawab dipikul bersama.
isteri tak makan hati,suamipun tak cari ganti......